Wednesday, 3 June 2009

Jalan-jalan ke Borneo Heights

bila tahap boring dah mencapai tahap maksimanya, otak pun mula memikirkan aktiviti yang boleh dibuat... aku cadang pd org rumah utk jalan2 sepanjang jalan puncak borneo.. org rumah lantas bersetuju...

sepanjang perjalanan x ada sgt pemandangan yang menarik... tp menurut signboard jalan... sepanjang jalan kami akan menemui semenggoh wildlife centre, borneo heights resort, hot spring & anah rais bidayuh longhouse...

lama jgk perjalanan nk sampai ke borneo heights tu... dah set meter kereta... bila dah sampai lebih kurang 70 km jgk... blh tahan la perjalanan.. jalan ok tapi ada jugak runtuhan kecil... adventure lg naik cameron guna jalan tapah he he...

gate masuk ke borneo highlands resort

notis yang terdapat di hadapan pintu masuk borneo highlands resort

agaknya transport nielah yg digunakan utk bwk pelancong bersiar2 di sekitar borneo highlands

sesampai di hadapan gate borneo height tu nampak pagar bertutup... kami teruskan perjalan ke depan skit.. sampai ke anah rais longhuse & hot spring kebetulan hujan.. kami pun ambik keputusan utk x turun.. hasif pun tido masa tue.. snap gambar 2 -3 keping kami pun keluar... mulanya cadang nk balik ke kuching ikut jln lama kuching-serian... tp bila tengok keadaan jalan yang teruk rosaknya (mungkin dah lama x digunakan) kami pun cancel & balik ikut laluan kami datang td...

rumah panjang bidayuh anah rais, berhampiran dengan anah rais hot spring

sebelum balik sempat singgah kat pondok guard borneo height tu... bila ditanya rupanya mmg diorg x benarkan masuk... katanya kalau nk masuk terpaksa park kereta kat bawah & gunakan proda yg diorg sediakan dengan bayaran RM100 seorang.. kat dalam tu byk jgk la tempat menarik katanya mcm kebun bunga, padang golf dsb... sempat mtk brochure utk rujukan.. snap 3-4 keping gambar & kami pun bertolak balik ke kuching..

pejabat imigresen & pejabat kastam yang terdapat berhampiran borneo height (dah dekat dgn sempadan nih)

klinik kesihatan padawan, bukan di kota padawan tau... tp dekat borneo height, jln lama kuching- serian


perjalan balik ke kuching

2 comments:

  1. Nanti ada masa InsyaAllah nk cuti-cuti Malaysia pulak.

    ReplyDelete
  2. hmm... yelah.. skang nie cuti2 luar negara dulu kan.. :)

    ReplyDelete

Sila berikan komen anda di sini..