16 Mac di Taman Buaya Jong
Tuesday, 17 March 2009
Ikut perancangan asal kami nak ke Sg Rayu berkelah dengan team Usrah Tmn Sri Wangi.. Tapi kita merancang, Allah pun merancang & perancangan Allahlah yang Maha hebat... Naqib kami terpaksa pulang ke Semenanjung ada urusan rasmi yang tak dapat dielakkan.. Jadi Sobri (teman sejawat di sekolah) ajak kami ke taman buaya tu, almaklumlah dah masuk tahun kelima kat sini tapi belum pernah ke situ. taman tu taklah jauh sangat dari Kuching, dlm 30km je.. Kebetulan pulak ayah dia datang sini ngan 3 orang adik dia... bolehla isi program diorg sekali...
kami bertolak dari kuching dalam jam 9.45 pagi dgn 3 buah kereta.. Rahim (SMK St. Thomas) sekeluarga join kami sekali.. kami sampai kat Jong hampir jam 11 pg. kebetulan kawan bagitau waktu diorang bagi buaya makan jam 11 & jam 3... sempatla kami tengok buaya besar keluar nanti...
masa nk beli tiket tu baru kami tau, orang semenanjung kira lain harga walaupun mengajar kat sini, kalau grouping murah sikit... kami dicaj RM12 sorang & kanak2 dari baru lahir hingga 12 tahun dicaj RM5 (kalau tempat lain kanak2 bawah 2 tahun x kena caj... hmm... musykil2)... kami pun masuklah kat dalam taman tu sambil bergambar & alhamduliLLah kami sempat tengok buaya besar diberi makan... tapi buaya besar tu malas skit nk lompat.. maklumlah banyak lemak kot...
dalam jam 12 kami beredar ke Sg Ranchan... perut pun dah lapar... berbekalkan bekal yang kami bwk dari rumah kami pun isila perut kat situ... sempat bawak hasif mandi lepas tu... dah terketar2 si Hasif tapi tak nak naik... terpaksalah angkat jugak bawak naik ke atas... pastu kami bapak2 pun ambik la kesempatan lepas gian mandi sungai... dah lama tak mandi sungai... tapi kejap je la sbb hari nk hujan... kami singgah solat kat masjid Serian sebelum bertolak balik ke Kuching...
5 ulasan:
ye ke org semenanjung harga tiket lain pulak berbanding dengan org serawak... emmmm, Orang Semenanjung tu bukannya Orang Malaysia Ke? Undang-undang dari mana tu? nie buat odeng naik angin nie? iskh!iskh!..... Teruk, teruk...
a'ah lain harga... kalau normal dewasa RM15 kanak2 RM8 grouping 15pax ke atas dewasa RM12 kanak2 RM6
Waw best juga tegok buaya ye tapi kalau buat satey buaya lagi best.
Aku rasa lebih baik buat peternakan buaya je dari bela lembut. Daging boleh dijadikan makanan exotik, kulit boleh dikadikan pakaian, harga pun lagio tinggi
gambar yang atas sekali tu.. buaya yang mana satu.. yang belakang ke yang depan... hihihi..
mana2 pun boleh daa...
Post a Comment