Lawatan Kengkawan & sedara ke Kuching
Wednesday, 27 May 2009
Lama rasanya tak mencoret... nk mulakan kisah dengan lawatan sahabat Rokhaimi sekeluarga dari Langkawi... diorg sampai ke kuching petang khamis 21/5, sempat bawak diorg ke serapi corner rasa masakan tomyam die.. pastu terus balik ke rumah.. kumpul tenaga nk jalan2 esok.. on da way nk ke airport tu, sepupu org rumah call bgtau dia baru mendarat kat pelabuhan pending. dia bgtau x dapat keluar sbb byk urusan yg terpaksa diselesaikan dalam kapal.. nanti dia akan call bila dia free katanya.. sepupu org rumah keje ngan navy..
pagi jumaat 22/5 dh ada plan awal.. mtk cuti rehat khas & CRK hari tu... paginya bawak diorang ke kampung budaya... dah set dgn En. Moslim Daud, bapa student aku kat sekolah.. mtk dia tolong aturkan harga.. tak mampu jgk rasanya kalau kena harga semenanjung.. RM60/pax.. alhamduliLLAH en Moslim berbesar hati utk bantu kami... siap nk belanja minum lg.. tp x sempat sbb masa dia call kami dh on da way balik... dari Kg Budaya kami singgah ke kedai Abg Saleh... buat pengisian sikit di situ...
petangnya bawak diorg ke cat museum, pastu ke waterfront & cadangan asalnya nk naik cruise... memandangkan keadaan yg x mengizinkan kami batalkan rancangan... malamnya bawak diorg ke kedai kek lapis dayang salhah di kg gersik... pastu ke klinik lee sekejap, ambik ubat adawiyah anak rokhaimi, selsema dia... pastu kami buat pengisian malam di d'airiz corner... sedap tomyam dia..malamnya mu'min sekeluarga datang melawat rokhaimi...
esoknya kami ke serikin... bwk diorg tgk2 barang2 murah kat sempadan.. last2 aku yg banyak beli bukan diorg.. balik dr serikin kami ke pasar minggu satok... diorg nk beli terubuk masin.. petangnya htr diorg ke airport lepas asar.. dari airport kami terus ke pending.. ambik niezam a.k.a. mat dan. dia bgtau dia dh free ptg sampai mlm tu... bawak mat ke d'airiz pulak mlm tu.. pekena tomyam..
nk jadi ceritanya sk merpati jepang (sek org rumah aku) ada motivasi tahun 6 pulak ujung minggu tu.. cikgu2 kena gilir2 tidur kat tempat program di Biro Wanita jln sultan tengah... balik dr makan kami hantar org rumah ke tempat program tu... hasif pulak dh terlelap masa tu.. bawak mat dan balik rumah jap, dlm kul 11 htr dia balik ke pending... x boleh bermalam katanya... susah skit prosedurnya... mlm tu abi & hasif berdua je kat rumah...
esoknya masa tengah bukak YM, azizi azmi (junior aku kat UM) bgtau dia kat kuching, ada program katanya... aku ajak dia keluar mlm tu... kebetulam org rumah ada dinner hari guru... bwk hasif ke four point hotel, ambik azizi.. nk bwk dia ke d'airiz tp org ramai sangat masa tu.. bawaklah dia ke bimmers cafe... makan nasi ayam.. sempat bawak azizi balik rumah kejap... pastu keluar utk ambik org rumah di Penview hotel & terus htr azizi ke hotel..
kepada kengkawan & sedara... terima kasih banyak2 sbb sudi ziarahi kami kat sini... kalau ada kelapangan jemput datang lagi...
aku x banyak masukkan gambar kat sini sbb kalau pembaca nk tgk gambar2 boleh lawati blog anak rokhaimi di link nie : http://rabiatuladawiyahmohdrokhaimi.blogspot.com/2009/05/trip-to-sarawak-21-22-mei-2009.html dan link nie : http://rabiatuladawiyahmohdrokhaimi.blogspot.com/2009/05/trip-to-sarawak-23-24-mei-2009.html
0 ulasan:
Post a Comment