Paparan terbaik blog ini adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox. Dapatkan Mozilla Firefox versi 3.5 di sini

Ahlan YA Ramadhan

Saturday 29 August 2009


bulan Ramadhan menjelma lagi... alhamduliLLah.. diberi kesempatan serta dipanjangkan umur oleh Allah SWT utk bertemu dengan ramadhan kali ini.. sesungguhnya aku tidak tahu apakah aku dapat bertemu dengan ramadhan2 seterusnya..

lama rasanya tidak mencoret.. terasa tiada idea utk menambat kandungan dlm blog ini.. entry kali ini sekadar ingin memaklumkan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang sebulan yang lalu..

selepas menghadiri kursus Bahasa Arab (seperti dalam entry sebelumya) aku sepatutnya menghadiri bersama2 beberapa orang sahabat pendidikan Islam di daerah kuching dan samarahan Nadwah kepimpinan Islam sekolah2 menengah peringkat negeri sarawak yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di pusat kokurikulum negeri sarawak sebagai jawatankuasa pelaksana program. namun atas keperluan perkhidmatan, guru besar meminta dari pihak JPN supaya aku dikecualikan daripada menghadiri program tersebut. kebetulan pula pada waktu tersebut kami sekeluarga mengalami demam, batul & selsema (memang takut juga mengalami gejala mcm nie pada masa2 skang nie).. aku hadir ke sekolah seperti biasa menjalankan tangungjawab pada agama, bangsa & negara...

dua minggu selepas itu (kalau x silap) iaitu seminggu sebeluam puasa, aku diarahkan oleh guru besar utk menghadiri Kem 1 Malaysia bersama dengan 4 orang guru lain (termasuk GB) anjuran PPD Kuching yang diadakan di Kem East Valley Serian.. kem ini dihadiri oleh 300 orang murid tahap 2 sekolah rendah... macam2la aktiviti yang dijalan utk menjayakan kem 1 Malaysia nih.. tapi aku hanya mengikuti kem nie selama 2 hari satu malam je disebabkan aku sekali lg mangalami demam..

balik dari program tu sekolah mengadakan Majlis Solat Hajat UPSR pada khamis mlm jumaat & keesokannya sekolah mengadakan sambutan kemerdekaan & selapas waktu rehat diadakan pula Tahlil Arwah Bulan (sempena menyambut ramadhan) aku pun x pasti ambik fatwa dari mana buat tahlil nih...

minggu berikutnya (minggu nie) kami pun bercuti selama sepuluh hari. ramadhan disambut dalam cuti... x banyak aktiviti yang kami sekeluarga lakukan sbb malas nk keluar dari rumah musim2 mcm nie... dalam cuti nie aku & isteri ambik ptk mcm biasa (ntah bila nk dapat 4 nih).. kalau 2 minggu lepas, jerebu memang teruk di kuching tapi skang nie keadaan agak ok sedikit disebabkan hujan yang turun beberapa hari dalam minggu lepas & minggu nie... alhamdulillah... berkat doa orang2 soleh agaknya.. harapan agar rahmat dari Allah SWT ini berterusan & keadaan seluruh dunia khususnya negara kita akan pulih seperti sedia kala... amin...

Read more...

DISCLAIMER

All data and information provided on this blog is for informational purposes only. Blog owner makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

Anda Adalah Pelawat Ke

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP