Paparan terbaik blog ini adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox. Dapatkan Mozilla Firefox versi 3.5 di sini

SubhanaLLAH... cantik sungguh Pulau Menukan...

Monday 30 March 2009

setelah merancang sejak september 2008, Alhamdulillah, impian aku & kengkawan seangkatan dr Kuching utk melawat ke Kota Kinabalu akhirnya menjadi kenyataan.. tarikh yang airasia bagi tiket harga murah jatuh pada 27 Mac 2009... murah2 pun boleh tahan jugak harganya...

memulakan cerita, kami tiba di Terminal 2 KK jam 4.15 petang & masing2 kelaparan... kebetulan ada restoran makanan segera kat situ, kami pun mulalah membuat 'pengisian' sambil menunggu kawan kpd sobri (teman sekerja aku di sekolah), ust Muin sampai ke airport... jem teruk katanga.. sobri mtk tlg ust muin sewakan van 12 penumpang utk kami berjalan2... kebetulan ust Muin offer diri utk jadi tourist guider merangkap drebar kami... alhamduliLLAH..

perancangan asal kami semua nk ke Keningau & bermalam di sana... tapi anak kpd kawan aku, Nusi x berapa sihat & aku ambik keputusan utk stay di KK dengan Nusi & diorang terus dengan perancangan asal ke Keningau & balik ke KK pada keesokan hari merentas laluan2 menarik sebelum sampai ke KK...

diorang hantar kami ke Imperial Boutec Hotel (dahulunya Radius Hotel) di tengah2 KK, kami ambik keputusan utk stay dalam bandar utk memudahkan kami bergerah utk membeli & makan... mlm tu kami sempat singgah di Pasar malam berhampiran Htel Le Meredian KK, kata orang kalau perempuan mmg rambang mata kalau tengok mutiara2 kat situ, tapi kami cuma window shopping je la... sbb tujuan asal nk cari selipar utk anak Nusi... pusa cari selipar tapi x ada yang sesuai, kami ambik keputusan utk makan dulu... kebetulan berhampiran Pasar Philippines ada gerai2 makan.. kami pun makan la kat situ... harga makanan kat situ bolehla jugak dikatakan murah berbanding dengan harga makanan di Kuching...

Pemandangan pulau Gaia dari Hotel Imperial Boutec, KK

keesokan harinya kami berdua (aku & nusi) turun jam 6.30 pagi utk mencari sarapan.. mmg dah terang benderang muka bumi masa tu.. pasar ikan & sayur pun dh penuh dgn manusia... sempat bergambar kenang2an dkt tepi laut masa tu (sori x de gambar sbb pakai kamera nusi masa tue).

menurut Awg Fathi (suami kpd Cikgu Masita, tmn sekerja aku) yang bertugas di KK, rugi kalau x ke pulau. dia cadangkan kami ke Pulau Menukan/ Manukan Island yang lbh kurang 15 minit perjalanan dari Jesselton Point (terminal feri/bot ke pulau2)...

kami check out awal dari hotel & terus ke hotel Tabung Haji yg terletak jauh sikit dari pusat bandar KK utk simpan beg kami... jauh2 pun dalam rm10 je tambang teksi... x la jauh sangat.. kami bertolak ke jesselton point dengan teksi lain, tambang rm15. terus saya beli tiket bot ke pulau menukan... rasa teruja nk melawat pulau tu... jumlah yang perlu dibayar adalah : bot RM17/pax, Terminal Fee RM6/pax & Enterance ke pulau RM3/pax...

Abi, Ummi & Hasif atas bot ke Pulau Menukan

sempat aku ambil gambar sebelum & dalam perjalanan ke pulau tu. bila sampai di pulau, SubhanaLLAH... memang cantik pulau tu... air jernih kehijauan... dekat jeti blh nampak ikan berenang...

Ummi & Hasif di jeti

Pulau Menukan dari atas bot

Pulau Gaia dari jauh

Ikan-ikan yang kelihatan

sesudah bayar enterance fee... kami pun cari port utk makan... perut dh lapar.. jam 11.30 masa tu.. tapi rasanya kalau kat semenanjung lbh kurang jam 1.15 kot.. cari punya cari semua tempat penuh... last2 terpaksa kongse tempat dgn mat salleh.. sbb kat meja yg diorg duduk tu ada sikit ruang utk kami duduk...

berehat lepas makan nasi..

sambungan yang di atas

sesedah makan ambil masa sekejap utk berehat... Hasif & Aiman (anak Nusi) pun ambik masa jugak utk main pasir... lepas tu kami ambik masa utk ronda2 sekitar pulau tu... memang mengagumkan ciptaan Allah...

pemandangan pulau & jeti dari Pulau Menukan

Persembahan Caklempong...

Pondok Buntal... ingatkan kat Kg Buntal je ada...

Satu sudut di Pulau Menukan

sebelum kami bertolak balik, sempat bergambar kenang2an denga pemain caklempong... pastu sempat snap beberapa gambar sekitar pulau... rugi jgk rasanya x dapat berenang tgk keindahan perut laut tu... apa nk buat, x bwk pakaian...

Pemandangan Pulau Menukan dari jetinya

awalnya kami bercadang nk balik ke daratan jam 2 tapi memandangkan x de aktiviti nk dibuat (sbb & leh nk berenang) kami pun tukar time... saya call pengusaha bot & bgtau nk balik jam 1.. insyaAllah.. kalau ada rezeki & panjang umur kami akan datang lagi...

Dalam bot balik ke KK

Read more...

Sorotan Peristiwa Vol 1

Tuesday 24 March 2009

Majlis Perpisahan Tahun 6 November 2008

Bakar Ayam semasa Lawatan Tahun 6 Oktober 2008

Banner Sukan Tahunan SK Santubong April 2008

Bergambar kenangan semasa menjadi Penganjur Choral Speaking Zon B Kuching April 2008

Read more...

PTK oh PTK...

Monday 23 March 2009

Jam 8.50 pagi aku turun dari rumah bermotosikal tanpa helmet ke SMK Semerah padi... kebetulan sekolah dekat dengan rumah... target aku nk habiskan secepat mungkin kertas umum yang aku ambil... sesampai di sekolah rupanya bilik exam tingkat 3... aduh.. terpaksa mendaki... terus aku mencari bilik exam... bila dah jumpa rupanya open book test... aku mintak kebenaran dr pengawas utk turun balik ambik buku... (rugi kalau rukhsoh x digunakan)...

rupanya bila bukak buku nie lambat pulak jadinya... tapi aku berjaya siapkan dalam 9.50 he he he... bukan apa, nk hantar orang rumah (yang kebetulan ambik paper khusus je) ke SMK St. Joseph yang lbh kurang 12 km dari rumah... dia malas nk drive... katanya susah nk park.. satu lg sbb x nak hantar Hasif ke rumah pengasuh...

lepas hantar orang rumah aku bawak hasif beli kentang goreng pastu balik terus ke rumah... tu je la cerita pasal PTK... x de yang menarik he he he...

Read more...

Ulangtahun Kelahiran Hasif Yang ke-2

Wednesday 18 March 2009


Selamat Ulangtahun Kelahiran yang Ke-2 Hasif...

Tanggal 18 Mac 2009 iaitu hari nie, genaplah umur Hasif 2 tahun (kalau naik airasia dah kena tambang penuh hu hu hu...) Semoga dipanjangkan usia dalam kesihatan, kepintaran, kecerdikan, kemuliaan akhlak dan yang sewaktu dengannya... amin.. (doa dari abi & ummi)

Read more...

16 Mac di Taman Buaya Jong

Tuesday 17 March 2009

Abi & Hasif depan buaya yang telah diawet

Ikut perancangan asal kami nak ke Sg Rayu berkelah dengan team Usrah Tmn Sri Wangi.. Tapi kita merancang, Allah pun merancang & perancangan Allahlah yang Maha hebat... Naqib kami terpaksa pulang ke Semenanjung ada urusan rasmi yang tak dapat dielakkan.. Jadi Sobri (teman sejawat di sekolah) ajak kami ke taman buaya tu, almaklumlah dah masuk tahun kelima kat sini tapi belum pernah ke situ. taman tu taklah jauh sangat dari Kuching, dlm 30km je.. Kebetulan pulak ayah dia datang sini ngan 3 orang adik dia... bolehla isi program diorg sekali...

Ummi & Hasif depan replika buaya

kami bertolak dari kuching dalam jam 9.45 pagi dgn 3 buah kereta.. Rahim (SMK St. Thomas) sekeluarga join kami sekali.. kami sampai kat Jong hampir jam 11 pg. kebetulan kawan bagitau waktu diorang bagi buaya makan jam 11 & jam 3... sempatla kami tengok buaya besar keluar nanti...

masa nk beli tiket tu baru kami tau, orang semenanjung kira lain harga walaupun mengajar kat sini, kalau grouping murah sikit... kami dicaj RM12 sorang & kanak2 dari baru lahir hingga 12 tahun dicaj RM5 (kalau tempat lain kanak2 bawah 2 tahun x kena caj... hmm... musykil2)... kami pun masuklah kat dalam taman tu sambil bergambar & alhamduliLLah kami sempat tengok buaya besar diberi makan... tapi buaya besar tu malas skit nk lompat.. maklumlah banyak lemak kot...

Gambar buaya dari jarak dekat (saiz sederhana)

dalam jam 12 kami beredar ke Sg Ranchan... perut pun dah lapar... berbekalkan bekal yang kami bwk dari rumah kami pun isila perut kat situ... sempat bawak hasif mandi lepas tu... dah terketar2 si Hasif tapi tak nak naik... terpaksalah angkat jugak bawak naik ke atas... pastu kami bapak2 pun ambik la kesempatan lepas gian mandi sungai... dah lama tak mandi sungai... tapi kejap je la sbb hari nk hujan... kami singgah solat kat masjid Serian sebelum bertolak balik ke Kuching...

Kat Sg Ranchan, Serian

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK Santubong 1430H

Sunday 8 March 2009


Alhamdulillah setelah segala perancangan dibuat, tanggal 13 Mac 2008 (Jumaat) bersempena penghulu segala hari, SK Santubong akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Acara akan dimulakan dengan perhimpunan & taklimat perarakan seterusnya akan disusuli dengan acara utama iaitu perarakan mengelilingi Kampung Santubong merentasi Kampung Sungai Takoyong. Perarakan ini akan diiringi oleh Selawat keatas Nabi SAW dan dijangkan akan mengambil masa satu jam setengah. (gambar di atas adalah banner sempena majlis tersebut)

Kemuncak bagi acara ini adalah jamuan bubur asyura yang disediakan oleh Staf SK Santubong. diharapkan program ini akan berjalan lancar dengan izin Allah...

Read more...

Ribuan warga KL terperangkap banjir

Tuesday 3 March 2009

KUALA LUMPUR: Beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT berikutan hujan lebat sejak jam 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutan bekalan elektrik terputus serta beberapa jalan di sekitar bangunan itu ditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam, Leftenan Muda Shahrul Kamar Mohd Johari, berkata hujan lebat luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.

"Banjir berlaku kira-kira jam 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kira-kira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masuk ke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap.

"Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemua yang terperangkap keluar dengan selamat," katanya.

Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta dinaiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Tinjauan sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusan kenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.

Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipoh dan bangunan MIC.

Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Read more...

Mencoret semula...

Assalamualaikum wbt... buat sahabat2 semua...

dah lama rasanya tak mencoret dalam diari maya nie.. biasanya bertandang dan membaca sahaja apa yang dicoret oleh kawan2 yang lain... Alhamdulillah.. kehidupan tahun ini bertambah baik dari tahun2 yang lalu... zaman sukar kian beredar... InsyaAllah... moga zaman yang baik ini berkekalan hingga ke akhir hayat amin...

kehidupan sebagai pendidik banyak mengajar jerih perih mendidik anak bangsa yang datang dari pelbagai latar belakang... 5 tahun aku berada di bumi bertuah, Sarawak, Alhamdulillah... nampak perbezaan sikap anak didikku yang telahku ku didik sejak mereka di awal bangku persekolahan lagi... bilangan yang dapat menguasai Al-Quran pun boleh dianggap membanggakan...

insyaAllah... coretan akan disambung dalam pos yang berikut..

Read more...

DISCLAIMER

All data and information provided on this blog is for informational purposes only. Blog owner makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

Anda Adalah Pelawat Ke

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP