Paparan terbaik blog ini adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox. Dapatkan Mozilla Firefox versi 3.5 di sini

Demam Elaporan

Sunday 28 June 2009


Cerita Cermin Kereta

dah dua minggu rasanya tiada entri.. banyak jugak peristiwa yang berlaku sepanjang dua minggu nie.. contohnya jumaat minggu lepas (19/6), sedang drive balik dari sekolah... waktu tu baru keluar dari sekolah sebelum sampai di simpang balai polis kg santubong... tetiba aku terdengar bunyia kuat.. DUMMM.... atas bumbung kereta aku.. terkejut jgk aku.. pastu nampak buah mempelam masak terjatuh kat sebelah kanan kereta aku... fuh... buah mempelam rupanya... pandang balik kat depan.. rupanya bukan atas bumbung... tapi atas cermin depan kereta... hu hu... retak & pecah sampai ke tepi.. dua2 belah... tersentak aku dibuatnya... alamak.. ujung bulan nih... (nanti aku masukkan gambar cermin tu..)

apa nk buat.. qada' & qadar dari Allah... on da way balik tu terus aku contact perodua tanya harga cermin tu... katanya RM500++.. kebetulan penah pegi kedai cermin sebelum nie utk seal cermin.. tapi x simpan nombor dia.. aku cuba call kedai spare part yang kebetulan kawan tokey kedai tu... alhamduliLLAh.. dia ada simpan nombor.. bila dapat call dia bgtau rm400 termasuk upah... boleh jimat rm100++ utk cermin sama... petang tu tanpa menunggu lama aku pun terus ke kedai & gantikan cermin tu.. takut nanti kalau biar boleh sebabkan kecederaan.. kalau sikit je.. nk aje aku tunggu sampai dapat gaji.. x pelah... mungkin ada hikmahnya..

Cerita Elaporan

minggu lepas tu ke sekolah mcm biasa.. hari isnin aku dapat sms dr Us Awg Arippin (Penyelia UPI PPD Kuching) tanyakan sama ada aku dpt surat utk pengumpulan data di PKG Kuching esok & seterusnya. aku pun terus jawab "Blm ada ust".. bila aku masuk ke bilik guru, surat yang disebut tu baru diletakkan kerani atas meja.. GB minitkan "PK1 sila maklum pada ust M.Badie supaya hadir.." aku tgk jadual.. Selasa- PKG Kuching, Rabu-PPD Padawan, Khamis - PPD Lundu... "hah?? Lundu?? jauh tu... 100km dr kuching.. hmm.. mungkin ada transport PPD kut..." hati aku berbisik

esoknya aku ke PKG seperti diarahkan.. tugas aku.. kutip data bahagian kuching bersama us Wan Amiruddin membantu Us Wan Rushdi (Ketua JU Data j-QAF)... tapi setelah dimaklumkan bahagian kuching boleh menghantar selewat2nya 30hb nie di PPD Kuching ataupun melalui email. Petang tu us Awang bgtau.. Badie.. enta & zahar kena pergi Bau esok, us Wan kena ke padawan, kita pecah dua atas permintaan PPD Bau... esoknya kami pun ke PPD Bau.. & esoknya pula kami ke PPD Lundu.. yang menariknya.. PPD Lundu silap faham & x sediakan tempat utk kami... nasib baik kebetulan makmal komputer sekolah berdekatan kosong.. jadi PPD Lundu pindahkan pusat ke makmal tu.. he he sebenarnya ppd x sediakan transport ke lundu.. kami pegi dgn transport sendiri..

kepada sahabat2 j-QAF kuching, padawan, bau & lundu... kalau yang berhajat utk hantarkan laporan bolehlah email kepada kami di alamat emai nie : wanrushdi@upimppgk.com, mohdzahar@upimppgk.com, amir@upimppgk.com & badie@upimppgk.com.. sahabat2 bolehlah menghantar laporan tersebut sebelum 30/6 nie.. terima kasih..

p.s. bagi sahabat2 yg perlukan panduan utk import & eksport utk elaporan versi 9.3 nie.. saya dah permudahkan panduan tersebut. sahabat2 boleh download panduan tersebut di sini.

Read more...

Minggu yang agak sibuk

Wednesday 17 June 2009


minggu nie agak sibuk sedikit berbanding minggu2 yang lain... apa taknya.. minggu pertama persekolahan semester baru.. guru besar pula bgtau sabtu nie & sabtu depan ada kelas gantian... agak kurang berkesempatan sedikit untuk menjengah blog sendiri sbb dalam proses menyiapkan blog sekolah yang sebenarnya sudah lama diwujudkan namun x dikemaskinikan...

minggu nie jugak kami diminta oleh PPD utk mengadakan ujian bagi pengisian data j-QAF 6 bulan pertama.. minggu depan mesyuarat pengumpulan data akan diadakan... harap2 sempatla siapkan & semak kertas ujian B. Arab yang aku cadangkan utk dibuat esok & lusa... kertas 2 ujian dah siap dicetak, tunggu nk diserah kepada murid utk ujian je lg.. insyaAllah... harapnya semua dapat disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan... amin..

Read more...

Kunjungan Anak Nik Mahadi ke Kuching

Wednesday 10 June 2009

5-9 Jun baru nie, isteri & anak Nik Mahadi datang ke kuching menziarahi & melepaskan rindu terhadap beliau. utk makluman pembaca, Nik Mahadi sedang menjalani kursus KPLI j-QAF di IP Batu Lintang di Kuching nie.. Alhamdulillah mlm td kami telah menghantar diorg manaiki penerbangan kembali ke semenanjung.. pg td nik maklum diorg dh selamat sampai ke Kuala Kangsar jam 1 pg td.. di bawah nie antara gambar2 masa diorg ke sini..


Tengok kamera tu.. kata Nik Mahadi kepada Madihah


Sewaktu bwk isteri & anak nik ke Telaga Air Waterfront. masa nie nik sedang sibuk berkursus kat maktab


ummi & hasif sempat bergambar bersama madihah & ibunya berlatar belakangkan Gunung Santubong di telaga air


Nyenyak tidur walaupun tengah panas..


nik mendukung anaknya sewaktu menghantar diorg di Kuching International Airport.. mesti sedih waktu nih.. anak dh nk balik..


sempat bergambar kenangan sebelum diorg memasuki balai berlepas

Read more...

Muat Turun Pelaporan j-QAF 2009

Monday 8 June 2009




Assalamualaikum w.b.t..
sahabat2 boleh download format pelaporan j-QAF yang saya link pada tab di sebelah kiri blog ini. terima kasih..

atau boleh juga dapatkannya di bawah ini...

ESekolah
ESatu
EDua
ETiga
EEmpat
ELima
Soalan Ujian Jawi 2009
Soalan Al-Quran Tahun Satu 6 Bulan Pertama
Soalan Bahasa Arab Tahun 5

Read more...

Jalan-jalan ke Borneo Heights

Wednesday 3 June 2009

bila tahap boring dah mencapai tahap maksimanya, otak pun mula memikirkan aktiviti yang boleh dibuat... aku cadang pd org rumah utk jalan2 sepanjang jalan puncak borneo.. org rumah lantas bersetuju...

sepanjang perjalanan x ada sgt pemandangan yang menarik... tp menurut signboard jalan... sepanjang jalan kami akan menemui semenggoh wildlife centre, borneo heights resort, hot spring & anah rais bidayuh longhouse...

lama jgk perjalanan nk sampai ke borneo heights tu... dah set meter kereta... bila dah sampai lebih kurang 70 km jgk... blh tahan la perjalanan.. jalan ok tapi ada jugak runtuhan kecil... adventure lg naik cameron guna jalan tapah he he...

gate masuk ke borneo highlands resort

notis yang terdapat di hadapan pintu masuk borneo highlands resort

agaknya transport nielah yg digunakan utk bwk pelancong bersiar2 di sekitar borneo highlands

sesampai di hadapan gate borneo height tu nampak pagar bertutup... kami teruskan perjalan ke depan skit.. sampai ke anah rais longhuse & hot spring kebetulan hujan.. kami pun ambik keputusan utk x turun.. hasif pun tido masa tue.. snap gambar 2 -3 keping kami pun keluar... mulanya cadang nk balik ke kuching ikut jln lama kuching-serian... tp bila tengok keadaan jalan yang teruk rosaknya (mungkin dah lama x digunakan) kami pun cancel & balik ikut laluan kami datang td...

rumah panjang bidayuh anah rais, berhampiran dengan anah rais hot spring

sebelum balik sempat singgah kat pondok guard borneo height tu... bila ditanya rupanya mmg diorg x benarkan masuk... katanya kalau nk masuk terpaksa park kereta kat bawah & gunakan proda yg diorg sediakan dengan bayaran RM100 seorang.. kat dalam tu byk jgk la tempat menarik katanya mcm kebun bunga, padang golf dsb... sempat mtk brochure utk rujukan.. snap 3-4 keping gambar & kami pun bertolak balik ke kuching..

pejabat imigresen & pejabat kastam yang terdapat berhampiran borneo height (dah dekat dgn sempadan nih)

klinik kesihatan padawan, bukan di kota padawan tau... tp dekat borneo height, jln lama kuching- serian


perjalan balik ke kuching

Read more...

Sorotan Peristiwa Vol 3 (moved)

Tuesday 2 June 2009

gambar kenangan guru2 SK Santubong penghujung tahun 2006 bersama Guru Besar Cikgu Zamhari Hj Mustapha

bergambar kenangan di hadapan cerana villa resort, pangkalan datu kota bharu semasa melawat ke kelantan penghujung 2008


bergambar di hadapan ladang teh cameron bharat sewaktu ke cameron highland penghujung 2008

Sofwan (kiri) & Hasif (kanan) bergambar di replika Masjidil Aqsa di Pulau Wan Man Terengganu pada penghujung 2008

Read more...

DISCLAIMER

All data and information provided on this blog is for informational purposes only. Blog owner makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

Anda Adalah Pelawat Ke

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP