Paparan terbaik blog ini adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox. Dapatkan Mozilla Firefox versi 3.5 di sini

Demam Elaporan

Sunday 28 June 2009


Cerita Cermin Kereta

dah dua minggu rasanya tiada entri.. banyak jugak peristiwa yang berlaku sepanjang dua minggu nie.. contohnya jumaat minggu lepas (19/6), sedang drive balik dari sekolah... waktu tu baru keluar dari sekolah sebelum sampai di simpang balai polis kg santubong... tetiba aku terdengar bunyia kuat.. DUMMM.... atas bumbung kereta aku.. terkejut jgk aku.. pastu nampak buah mempelam masak terjatuh kat sebelah kanan kereta aku... fuh... buah mempelam rupanya... pandang balik kat depan.. rupanya bukan atas bumbung... tapi atas cermin depan kereta... hu hu... retak & pecah sampai ke tepi.. dua2 belah... tersentak aku dibuatnya... alamak.. ujung bulan nih... (nanti aku masukkan gambar cermin tu..)

apa nk buat.. qada' & qadar dari Allah... on da way balik tu terus aku contact perodua tanya harga cermin tu... katanya RM500++.. kebetulan penah pegi kedai cermin sebelum nie utk seal cermin.. tapi x simpan nombor dia.. aku cuba call kedai spare part yang kebetulan kawan tokey kedai tu... alhamduliLLAh.. dia ada simpan nombor.. bila dapat call dia bgtau rm400 termasuk upah... boleh jimat rm100++ utk cermin sama... petang tu tanpa menunggu lama aku pun terus ke kedai & gantikan cermin tu.. takut nanti kalau biar boleh sebabkan kecederaan.. kalau sikit je.. nk aje aku tunggu sampai dapat gaji.. x pelah... mungkin ada hikmahnya..

Cerita Elaporan

minggu lepas tu ke sekolah mcm biasa.. hari isnin aku dapat sms dr Us Awg Arippin (Penyelia UPI PPD Kuching) tanyakan sama ada aku dpt surat utk pengumpulan data di PKG Kuching esok & seterusnya. aku pun terus jawab "Blm ada ust".. bila aku masuk ke bilik guru, surat yang disebut tu baru diletakkan kerani atas meja.. GB minitkan "PK1 sila maklum pada ust M.Badie supaya hadir.." aku tgk jadual.. Selasa- PKG Kuching, Rabu-PPD Padawan, Khamis - PPD Lundu... "hah?? Lundu?? jauh tu... 100km dr kuching.. hmm.. mungkin ada transport PPD kut..." hati aku berbisik

esoknya aku ke PKG seperti diarahkan.. tugas aku.. kutip data bahagian kuching bersama us Wan Amiruddin membantu Us Wan Rushdi (Ketua JU Data j-QAF)... tapi setelah dimaklumkan bahagian kuching boleh menghantar selewat2nya 30hb nie di PPD Kuching ataupun melalui email. Petang tu us Awang bgtau.. Badie.. enta & zahar kena pergi Bau esok, us Wan kena ke padawan, kita pecah dua atas permintaan PPD Bau... esoknya kami pun ke PPD Bau.. & esoknya pula kami ke PPD Lundu.. yang menariknya.. PPD Lundu silap faham & x sediakan tempat utk kami... nasib baik kebetulan makmal komputer sekolah berdekatan kosong.. jadi PPD Lundu pindahkan pusat ke makmal tu.. he he sebenarnya ppd x sediakan transport ke lundu.. kami pegi dgn transport sendiri..

kepada sahabat2 j-QAF kuching, padawan, bau & lundu... kalau yang berhajat utk hantarkan laporan bolehlah email kepada kami di alamat emai nie : wanrushdi@upimppgk.com, mohdzahar@upimppgk.com, amir@upimppgk.com & badie@upimppgk.com.. sahabat2 bolehlah menghantar laporan tersebut sebelum 30/6 nie.. terima kasih..

p.s. bagi sahabat2 yg perlukan panduan utk import & eksport utk elaporan versi 9.3 nie.. saya dah permudahkan panduan tersebut. sahabat2 boleh download panduan tersebut di sini.

0 ulasan:

DISCLAIMER

All data and information provided on this blog is for informational purposes only. Blog owner makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

Anda Adalah Pelawat Ke

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP