Paparan terbaik blog ini adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox. Dapatkan Mozilla Firefox versi 3.5 di sini

Ketua oh Ketua...

Monday, 27 July 2009


Ketua-ketua biasanya yakin mereka bersikap adil dan saksama apabila memberi layanan kepada orang-orang bawahan, umpamanya apabila membuat penilaian prestasi pekerja dan apabila memberi ganjaran seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, lawatan sambil belajar, kursus ke luar negara dan lain-lain.

Ketua-ketua biasanya yakin mereka bersikap adil dan saksama apabila memberi layanan kepada orang-orang bawahan, umpamanya apabila membuat penilaian prestasi pekerja dan apabila memberi ganjaran seperti kenaikan gaji, kenaikan pangkat, lawatan sambil belajar, kursus ke luar negara dan lain-lain.

Pakar-pakar psikologi sudah melakukan banyak kajian ke atas tingkah laku ketua-ketua dan hasil kajian mereka mendapati ketua-ketua tidaklah begitu adil dan saksama kepada orang bawahan. Ketua-ketua mempunyai pengaruh besar menentukan jadual tugas, tempat bertugas, tangga gaji dan kenaikan gaji serta kenaikan pangkat individu-individu yang berada di bawah seliaan mereka.

Itulah sebabnya seseorang ketua itu perlu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaannya di tempat kerja, antaranya termasuklah psikologinya sendiri sebagai seorang ketua.

Suatu perkara yang tidak disentuh oleh teori-teori kepemimpinan ialah kenyataan bahawa ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin tidak memberi layanan yang sama rata kepada tiap-tiap orang-orang bawahan mereka. Lazimnya, teori-teori kepimpinan yang ada sekarang memberi gambaran seolah-olah para pemimpin memberi layanan yang sama rata kepada semua orang yang berada di bawah kepimpinan mereka. Ini tidak benar. Berikut ialah beberapa faktor yang mempengaruhi layanan seseorang ketua ataupun pemimpin ke atas orang-orang bawahannya:

Menjadi Anggota 'Kumpulan Terdekat'.
Lazimnya orang percaya barang siapa yang rajin dan pandai bekerja serta prestasinya tinggi maka dia dapat naik pangkat dengan mudah. Tidak dinafikan ciri rajin dan pandai bekerja adalah penting, tetapi setakat rajin dan pandai bekerja belum cukup untuk cepat naik pangkat ataupun bagi mendapat layanan istimewa daripada ketua.

Suatu fenomena yang lumrah berlaku ialah di mana individu-individu yang 'dekat' dengan ketuanya lebih mudah terpilih dihantar pergi melawat sambil belajar, berkursus, naik gaji dan naik pangkat di dalam sesebuah organisasi. Oleh itu seseorang yang rajin dan pandai bekerja perlu juga mendekati ketua-ketuanya supaya terpilih bagi tujuan-tujuan itu.

Anggota-anggota sesebuah organisasi sebenarnya berpecah belah ke dalam berbagai-bagai kumpulan. Kajian menunjukkan disebabkan oleh berbagai-bagai faktor, ketua-ketua menjalin pelbagai jenis hubungan di antara diri mereka dengan kumpulan-kumpulan yang mereka pimpin. Salah satu daripada kumpulan-kumpulan itu diistilahkan 'kumpulan terdekat.' Kajian mendapati anggota-anggota kumpulan terdekat paling banyak menerima perhatian daripada ketua-ketua mereka. Mereka juga menerima lebih banyak sumber-sumber yang dapat diberikan oleh ketua mereka, seperti masa dan penghargaan.

Individu-individu yang tidak termasuk ke dalam kumpulan terdekat dikatakan tergolong ke dalam 'kumpulan luar.' Mereka yang tergolong di dalam kumpulan luar tidak berapa disukai oleh ketua-ketua mereka oleh sebab itu mereka tidak banyak menerima sumber-sumber yang berharga yang ada pada pemimpin mereka.

Kajian menunjukkan, sejak awal-awal lagi seseorang ketua itu sudah memilih anggota-anggota kumpulan terdekatnya. Pemilihan itu dilakukan dengan tidak perlu mempunyai banyak maklumat tentang individu-individu itu terlebih dahulu. Ada kalanya pemilihan itu hanyalah berdasarkan ciri-ciri luaran yang tidak relevan dengan matlamat organisasi, seperti faktor usia, tempat kelahiran, jantina dan hobi yang serupa. Walau bagaimanapun, ada kalanya juga seseorang itu dianggap layak menjadi anggota kumpulan terdekat disebabkan dia mempunyai kepakaran dan kecekapan di dalam tugas-tugasnya.

Kajian-kajian juga mendapati ketua-ketua cenderung memberi layanan yang lebih baik kepada anggota kumpulan terdekat berbanding dengan layanan yang diberikan kepada mereka yang tidak termasuk di dalam kumpulan itu. Di dalam sebuah kajian, didapati para penyelia memberi penilaian yang tinggi kepada orang bawahan yang menjadi anggota kumpulan terdekatnya meskipun prestasi individu itu sebenarnya rendah.

Layanan seperti ini tidak diberikan kepada mereka yang bukan anggota kumpulan terdekatnya. Akibat daripada layanan baik yang diterima oleh anggota-anggota kumpulan terdekat, mereka itu mempunyai dorongan bagi melaksanakan kerja-kerja mereka dengan lebih baik dan mereka mempunyai sikap yang lebih positif terhadap tugas-tugas mereka. Mereka juga lebih berpuas hati dengan tugas-tugas yang mereka jalankan dibandingkan dengan pekerja-pekerja yang tidak termasuk di dalam kumpulan terdekat si ketua. Kecenderungan berhenti kerja di kalangan anggota-anggota kumpulan terdekat adalah lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang bukan. Mereka juga mendapat lebih banyak sokongan dan dorongan daripada ketua-ketua mereka dan dengan itu mereka lebih mudah naik dalam tangga kerjaya mereka.

Kenyataan bahawa ketua-ketua tidak memberi layanan sama rata kepada orang-orang bawahan mereka mempunyai implikasi yang serius kepada semangat kerja, komitmen dan prestasi mereka yang dipimpinnya. Oleh yang demikian para pemimpin perlu menyedari akan hal ini.

Kesan Halo.

Salah satu fenomena yang berlaku di tempat kerja ialah di mana seseorang ketua berulang-ulang kali membuat penilaian yang serupa sahaja sifatnya ke atas orang bawahannya. Sebagai contoh, apabila seseorang ketua itu menganggap setiausahanya pandai bekerja di pejabat, maka si ketua itu cenderung menganggap setiausahanya juga pandai dalam perkara-perkara lain. Begitu juga sebaliknya.

Salah satu kesilapan persepsi yang selalu berlaku di tempat kerja disebut dengan istilah kesan halo. Perkataan 'halo' bermakna cahaya. Apabila seseorang itu berkata, "Calon yang ini mendapat keputusan cemerlang di universiti, dia tentu boleh menjadi eksekutif yang baik di dalam syarikat kita ini." maka kata-kata seperti ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu membuat sesuatu penilaian positif, maka dia cenderung terus memberi penilaian lain-lain yang positif juga.

Calon ini mendapat keputusan cemerlang - ialah suatu penilaian positif. Eksekutif yang baik - adalah penilaian positif. Pemikiran seperti ini mengandungi kesilapan kesan halo. Di sini kesilapannya ialah, calon yang mendapat keputusan cemerlang sewaktu di universiti tidak semestinya akan menjadi eksekutif yang baik di dalam syarikat di mana dia bekerja. Ataupun pernahkah seseorang itu mendengar orang berkata, "Budak itu tidak berapa pandai. Dia tentu malas belajar." Budak yang tidak berapa pandai belum tentu malas belajar. Sebaliknya ramai budak yang rajin belajar tetapi mereka tidak begitu pandai.

Kesan halo mengatakan apabila sekali seseorang itu sudah mempunyai tanggapan positif ke atas seseorang individu, walau apa pun yang dibuat oleh individu itu, dia akan menilainya secara positif juga, termasuklah perkara-perkara yang tidak diketahuinya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu berkata, "En. Mamat seorang pekerja yang baik." orang itu juga berani berkata, "En. mamat juga suami yang baik." walaupun dia tidak tahu apa-apa berkenaan tingkah laku En. mamat sebagai suami.

Kesan halo bukan hanya terjadi pada perkara-perkara positif. Ia juga berlaku secara negatif. Apabila seseorang itu mempunyai tanggapan negatif berkenaan seseorang individu, dia cenderung menganggap apa-apa yang dilakukan oleh individu itu secara negatif juga. Perkara-perkara berkenaan diri orang itu yang tidak diketahuinya pun cenderung dinilainya secara negatif. Apabila seseorang itu berkata, "En. Mamat gagal sebagai ketua rumah-tangganya." dia juga berani mengatakan, "En Mamat takkan boleh menjadi ketua di pejabatnya."

Apabila seseorang ketua membuat penilaian yang sangat positif ke atas sesuatu perkara berkenaan orang bawahannya, dia cenderung menilai lain-lain perkara berkenaan orang bawahannya itu secara positif juga. Jikalau pada penilaian si ketua orang bawahannya itu sangat cekap membuat tugas-tugas pejabat, dia cenderung percaya orang bawahannya itu juga cekap membuat kerja-kerjanya di luar pejabat. Fenomena kesan halo menyebabkan penilaian yang dilakukan ke atas berbagai-bagai aspek berkenaan seseorang itu mempunyai korelasi yang sama tingginya ataupun sama rendahnya. Penialaian seperti ini lazimnya salah.

Kesan Pandangan Pertama.

Kesan pertama ialah punca kepada sejenis lagi kesilapan bias persepsi yang sangat kerap berlaku di tempat kerja. Walaupun tugas menilai prestasi orang bawahan adalah salah satu tugas penting para ketua, lazimnya, apabila seseorang itu menilai orang bawahannya dia tidak menilai prestasi orang-orang bawahannya berdasarkan prestasinya semata-mata, tetapi dia menilai orang bawahannya itu berdasarkan kesan pertama yang dialaminya sewaktu dia mula-mula mengenali orang bawahannya itu dahulu.

Fenomena kesan pertama menyebabkan mengapa walaupun sering kali prestasi kerja seseorang itu sebenarnya sudah meningkat, tetapi peningkatan itu tidak dilihat oleh ketuanya disebabkan si ketua masih berpegang pada penilaian awalnya yang berdasarkan kesan pertamanya ke atas pekerja itu


dipetik daripada : http://djsham.blogspot.com/2009/05/ketua-oh-ketua.html?zx=177e8f85b93aca19

Read more...

Bengkel GPI j-QAF Bahasa Arab 2009

Sunday, 26 July 2009

Minggu lepas, aku serta beberapa org sahabat dari bahagian Kuching & Samarahan berkesempatan mengikuti kursus/bengkel anjuran Sektor Pendidikan Islam JPN Sarawak berkaitan dengan P&P dalam bahasa arab selama dua hari. kursus ini adalah kesinambungan daripada lawatan wakil2 j-QAF negeri ke Oman bulan Mei yang lalu..


antara peserta2 lelaki yang hadir


antara peserta2 perempuan yang hadir

pembentang kertas kerja dlm kursus tersebut adalat ust Mohammad Ismail, wakil Sarawak ke Oman. 2 kertas kerja yang dibentangkan adalah penggunaan bahasa kelas (lughatul fasli) dalam P&P dan penggunaan BBM dalam P&P..


kumpulan ust Wan Yunus sedang sibuk berbengkel

kumpulan ust Hafiz Amri dalam bengkel


Hj Zulkifli sedang membentangkan hasil bengkel mereka


Ketua Sektor SPI, Ust Md Ahir Hj Ahmad, Pen. Peng. j-QAF JPN Sarawak, Ust Jaafar Belal, Penolong Pengarah Bhg. Kurikulum Sekolah Rendah, Ust Sulaiman Hasih juga Penyelia Unit Pendidikan Islam PPD Kuching, Ust Awg Arippin Awg Kamaruddin turut hadir pada bengkel tersebut.. Majlis penutup pada hari terakhir telah disempurnakan oleh PP j-QAF Sarawak. kesimpulannya kami semua enjoy mengikuti bengkel tersebut kerana ia lebih bersifat santai & komunikasinya bersifat dua hala.. kata PP j-QAF, bengkel ini akan diteruskan bagi sahabat2 j-QAF B. Arab lain yang belum menghadiri kursus ini..


Us Awang Arippin (jaket Kelabu) Ust Jaafar (bertali leher) & Ust Md Ahir (baju korporat) sedang memerhati pembentangan hasil bengkel 1


Kump Hj Zulkifli dlm bengkel 2 (penggunaan ict dlm P&P)


Kumpulan Ust Nazrul dengan hasil bengkel mereka, aku kat belakang tu, maklumlah cameraman biasanya kurang gambar masuk


pembentangan hasil bengkel oleh ust hafiz amri

pembentangan hasil bengkel oleh ust wan yunus



kumpulan ust nazrul bersedia utk pembentangan


penyampaian sijil oleh PP j-QAF Sarawak, Ust Jaafar Belal


Staf2 berdedikasi SPI... nampak je muda nih.. tapi dua2 dah kawin.. yg baju ungu tu anak dah 2 tahun lebih..


*** dua hari sebelum tu, aku menghadiri Seminar Dakwah : Prospek & Cabaran anjuran UiTM Sarawak dgn kerjasama JAKIM.. tak sangka dapat jumpa dengan Mahfuzah aka Najm, junior aku kat UM dulu.. rupanya dia dah jadi pensyarah kat Uitm Shah Alam, hebat betul diorg nih.. Tahniah..


Seminar Dakwah yang dihadiri


bergambar bersama mahfuzah di KIA


hasif & makcik mahfuzah, pelik jugak, baru 1st time jumpa tapi terus mesra si hasif nih..

Read more...

Apakah Blog?!! (sesuatu yang patut seseorang yang bergelar blogger tahu)

Saturday, 18 July 2009


Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."

Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007

Weblog-weblog yang awal hanya merupakan komponen-komponen laman web biasa yang dikemaskinikan secara manual. Bagaimanapun, pengembangan alat-alat untuk memudahkan penghasilan dan pemeliharaan rencana-rencana web yang diposkan mengikut tertib kronologi terbalik menyebabkan proses penerbitan boleh dilaksanakan oleh lebih banyak orang yang kurang mahir dari segi keupayaan teknikal. Ini akhirnya menyebabkan sebuah kelas penerbitan dalam talian yang terdiri yang menerbitkan apa yang diakui sebagai blog pada hari ini. Umpamanya, penggunaan perisian berasaskan pelayar kini merupakan suatu aspek "pemblogan" yang biasa. Blog-blog boleh dihoskan, baik oleh perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan blog yang khusus, mahupun melalui perisian blog, seperti WordPress, Movable Type, blogger atau LiveJournal, atau dalam perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan web yang tetap seperti DreamHost.

Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz yang secara bermain-main memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999. Ini dengan pantasnya diterima, baik sebagai kata nama mahupun sebagai "kata kerja" dalam bahasa Inggeris ("to blog," bermaksud "mengedit weblog atau mengeposkan perutusan ke dalam weblog").

Selepas sebuah permulaan yang lambat, pemblogan dengan pantasnya mencapai kepopularan: laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996 hanya mempunyai 100 kemasukan menjelang 1997, tetapi melebihi 20 juta pada bulan Disember 2005. Penggunaan blog meledak pada tahun 1999 dan selepas nya, dipopularkan lagi ketibaan-ketibaan hampir serentak alat-alat blog pengehosan yang awal:

* Open Diary yang dilancarkan pada Oktober 1998 tidak lama kemudian berkembang sehingga beribu-ribu kemasukan dalam talian. Open Diary membuat pembaharuan kepada ulasan pembaca dan menjadi komunit blog yang pertama yang para pembaca boleh menambahkan ulasan mereka pada kemasukan blog penulis yang lain.
* Brad Fitzpatrick, seorang pengguna blog yang terkenal memulakan LiveJournal pada bulan Mac 1999.
* Andrew Smales mencipta Pitas.com pada bulan Julai 1999 sebagai pilihan yang lebih mudah untuk mengendalikan "laman berita" dalam laman web. Ini diikuti oleh penciptaan Diaryland pada bulan September 1999 yang lebih menumpukan pada komuniti diari peribadi.
* Evan Williams dan Meg Hourihan (Pyra Labs) melancarkan blogger.com pada bulan Ogos 1999 (dibeli oleh Google pada bulan Februari 2003).

Pemblogan menggabungkan laman web peribadi dengan alat-alat untuk memudahkan perpuatan ke halaman-halaman dalam talian. — khususnya permalink, blogroll dan TrackBack. Ini, bersama-sama dengan enjin carian blog membolehkan pengguna blog untuk menjejaki bebenang-bebenang yang menghubungkan mereka kepada orang-orang lain yang mempunyai minat yang sama.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Blog

Read more...

SSQS (Smart School Qualification Standard)

Tuesday, 14 July 2009


sekadar ingin mengucapkan tahniah kepada SK Santubong kerana tercalon bagi penarafan bintang SSQS.. SK Santubong telah mendapat 3 bintang bagi penarafan bintang tahun lalu..

Read more...

H1N1 di Santubong... harapnya tidak la..

Monday, 6 July 2009

pagi tadi semasa aku keluar bersarapan dengan teman sekerja & pk1 di kedai salleh santubong, ada seorang pemandu van sewa anak jati santubong maklumkan

"sidak perahu layar nak turun di santubong tok dah 3 orang positif H1N1... dak tok bukan ada saringan.. main cop ajak daknya... mun makey belon baruk ada saringan.. bahaya na kinek tok eh.. daknya datang tekayo-kayo dlm kampung bah.. dak klinik pun lom tauk gik tuk... kamek mbak sidak pelancong bah.. yalah kamek tauk tek.." kata Ubaidillah b. Mili.. (lebih kurang mcm tulah ayatnya tadi)...

aku tolong terjemah.. katanya geng2 mat salleh yang berlabuh kat santubong dah ada 3 orang positif H1N1.. geng2 nie bukan ada saringan, kalau pakai flight baru diorg disaring.. bahaya sungguh skang nih... diorang masuk & merayau2 dalam kampung.. klinik pun belum maklum hal nie.. saya bawak pelancong, tu yang saya tau tu..

jumaat lepas anak murid aku bgtau ada 27 buah kapal layar yag dah berlabuh kat santubong.. diorg nie datang sbb nk menyaksikan Rainforest Music Festival yang bakal diadakan di Cultural Village pertengahan julai nie... kami guru2 di sk santubong agak gusar dengan kehadiran pelancong asing yang sebenarnya kurang dikehendaki buat masa nie.. aku dah pesan dengan murid2 aku.. kalau jumpa dgn mat salleh tu jangan la nk masuk dekat... tengok2 dari jauh dah la.. mudah2an semua berada dalam kedaan selamat hendaknya... amin..

Read more...

Kawan-kawan dari Matu

Sunday, 5 July 2009

malam tadi kawan semaktab aku dari Matu datang menziarah... Rizal & Zaiful aka Jai Kobun... Rizal datang utk ambik isteri dia yg baru tamat kursus j-QAF kat IP Batu Lintang & Jai temankan Rizal driving dari Matu ke Kuching.... utk makluman pembaca Matu ke Kuching terpaksa merentas beberapa bahagian iaitu Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman & Samarahan yang mengambil masa 8 1/2 jam hingg 10 jam bergantuang kepada keadaan jalan & kelajuan pemanduan... sorilah kawan2, x sempat nk sediakan apa2... minum air bujang & sate je.. apa2pun terima kasih banyak2 sudi ziarah kami di Kuching...

Read more...

DISCLAIMER

All data and information provided on this blog is for informational purposes only. Blog owner makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

Anda Adalah Pelawat Ke

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP