Paparan terbaik blog ini adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox. Dapatkan Mozilla Firefox versi 3.5 di sini

Apakah Blog?!! (sesuatu yang patut seseorang yang bergelar blogger tahu)

Saturday 18 July 2009


Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.

Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."

Pada bulan Nov 2007, Technorati, enjin carian blog, sedang menjejaki melebihi 120 juta blog, meningkat dua kali ganda sejak awal Januari 2007

Weblog-weblog yang awal hanya merupakan komponen-komponen laman web biasa yang dikemaskinikan secara manual. Bagaimanapun, pengembangan alat-alat untuk memudahkan penghasilan dan pemeliharaan rencana-rencana web yang diposkan mengikut tertib kronologi terbalik menyebabkan proses penerbitan boleh dilaksanakan oleh lebih banyak orang yang kurang mahir dari segi keupayaan teknikal. Ini akhirnya menyebabkan sebuah kelas penerbitan dalam talian yang terdiri yang menerbitkan apa yang diakui sebagai blog pada hari ini. Umpamanya, penggunaan perisian berasaskan pelayar kini merupakan suatu aspek "pemblogan" yang biasa. Blog-blog boleh dihoskan, baik oleh perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan blog yang khusus, mahupun melalui perisian blog, seperti WordPress, Movable Type, blogger atau LiveJournal, atau dalam perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan web yang tetap seperti DreamHost.

Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog," dicipta oleh Peter Merholz yang secara bermain-main memecahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999. Ini dengan pantasnya diterima, baik sebagai kata nama mahupun sebagai "kata kerja" dalam bahasa Inggeris ("to blog," bermaksud "mengedit weblog atau mengeposkan perutusan ke dalam weblog").

Selepas sebuah permulaan yang lambat, pemblogan dengan pantasnya mencapai kepopularan: laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996 hanya mempunyai 100 kemasukan menjelang 1997, tetapi melebihi 20 juta pada bulan Disember 2005. Penggunaan blog meledak pada tahun 1999 dan selepas nya, dipopularkan lagi ketibaan-ketibaan hampir serentak alat-alat blog pengehosan yang awal:

* Open Diary yang dilancarkan pada Oktober 1998 tidak lama kemudian berkembang sehingga beribu-ribu kemasukan dalam talian. Open Diary membuat pembaharuan kepada ulasan pembaca dan menjadi komunit blog yang pertama yang para pembaca boleh menambahkan ulasan mereka pada kemasukan blog penulis yang lain.
* Brad Fitzpatrick, seorang pengguna blog yang terkenal memulakan LiveJournal pada bulan Mac 1999.
* Andrew Smales mencipta Pitas.com pada bulan Julai 1999 sebagai pilihan yang lebih mudah untuk mengendalikan "laman berita" dalam laman web. Ini diikuti oleh penciptaan Diaryland pada bulan September 1999 yang lebih menumpukan pada komuniti diari peribadi.
* Evan Williams dan Meg Hourihan (Pyra Labs) melancarkan blogger.com pada bulan Ogos 1999 (dibeli oleh Google pada bulan Februari 2003).

Pemblogan menggabungkan laman web peribadi dengan alat-alat untuk memudahkan perpuatan ke halaman-halaman dalam talian. — khususnya permalink, blogroll dan TrackBack. Ini, bersama-sama dengan enjin carian blog membolehkan pengguna blog untuk menjejaki bebenang-bebenang yang menghubungkan mereka kepada orang-orang lain yang mempunyai minat yang sama.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Blog

0 ulasan:

DISCLAIMER

All data and information provided on this blog is for informational purposes only. Blog owner makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

Anda Adalah Pelawat Ke

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP