Paparan terbaik blog ini adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox. Dapatkan Mozilla Firefox versi 3.5 di sini

Ribuan warga KL terperangkap banjir

Tuesday 3 March 2009

KUALA LUMPUR: Beribu-ribu warga kota terperangkap sama ada dalam bangunan, di jalan raya atau di stesen bas dan LRT berikutan hujan lebat sejak jam 3 petang yang menyebabkan banyak jalan ditenggelami air antara satu hingga dua meter.

Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kira-kira 1,000 pengunjung dan kakitangan yang bertugas di tingkat 2, bangunan itu terperangkap berikutan bekalan elektrik terputus serta beberapa jalan di sekitar bangunan itu ditenggelami air.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam, Leftenan Muda Shahrul Kamar Mohd Johari, berkata hujan lebat luar biasa menyebabkan air dari sungai Klang yang terletak bersebelahan PWTC melimpahi tebing dan membanjiri jalan sekitar.

"Banjir berlaku kira-kira jam 6 petang tadi. Bagaimanapun kami mendapat panggilan sejam kemudian bahawa terdapat kira-kira 1,000 orang gagal keluar berikutan bekalan elektrik yang terputus di PWTC," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata usaha sedang dijalankan bagi mencari jalan untuk masuk ke dalam kawasan yang terjejas berikutan keadaan gelap.

"Kita sedang mencari jalan yang sesuai dan mudah bagi membolehkan kesemua yang terperangkap keluar dengan selamat," katanya.

Beberapa jalan utama di sekitar ibu kota seperti Jalan Ipoh Jalan Tun Ismail, Jalan Rahmat, Jalan Sentul, Jalan Kasipillay dan Jalan Duta dinaiki air sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk.

Tinjauan sekitar Jalan Ipoh mendapati deretan kedai dan ratusan kenderaan ditenggelami air apabila Sungai Batu melimpahi tebing.

Antara bangunan yang ditenggelami air ialah Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Klinik Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak dan Klinik Kesihatan Jalan Ipoh dan bangunan MIC.

Tinjauan di Jalan Putra pula mendapati banyak kereta yang ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

0 ulasan:

DISCLAIMER

All data and information provided on this blog is for informational purposes only. Blog owner makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

Anda Adalah Pelawat Ke

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP