MTQ Peringkat Negeri Sarawak, Sibu
Tuesday, 28 April 2009
Sorotan Peristiwa Vol.2
Monday, 20 April 2009
kali pertama 2006 di PICC Putrajaya, Nov 2006
Read more...
Nik Junior'ah' نيء جونيورة
Friday, 17 April 2009
semalam bengkel final penyediaan soalan saringan & akhir kuiz agama MTQ SS Peringkat Negeri Sarawak di JPN.. macam biasa aku & amir akan menyediakan aplikasi untuk kuiz bahagian akhir... kalau ikut surat, bengkel dari jam 8-5 petang... janji dgn Nik Mahadi nk ambik dia kat maktab & hantar dia ke airport jam 6 petang... mtk dgn us Sayuti (Pen. Pengarah Dakwah SPI JPNS) utk balik kul 4..
aku balik & solat pastu keluar menuju maktab... dlm keta org rumah aku bagitau org rumah nik dah bersalin... dia baca dalam posting mujaddid YG... ceh.. nik nie... kurang asam betoi... x habaq kat aku pun...
alhamdulillah jalan x jem tapi kat depan maktab jem teruk rupanya... kami sampai ke maktab jam 6.15 petang... ambik nik & terus memecut ke airport.. dapat chek in awal 5 minit jam 6.45 ptg.. flight nik jam 8.50... memandangkan masih banyak masa aku bawak nik makan sekali kat serapi corner batu 7... perut dah lapar masa tue... lepas makan hantar balik nik ke airport & solat kat situ... aku dapat sms dari nik kul 10.51 mlm yang berbunyi..."kawe sapa KL doh nie, terima kasih bbanyok.." nik bgtau aku yg dia akan terus balik ke k.kangsar dari KL malam yg sama driving dgn adik dia yang kat UIA...
buat nik mahadi & isteri, tahniah atas kurniaan rezeki yang x ternilai ini... moga rezeki kalian sekeluarga bertambah & sentiasa berterusan... tahniah juga dari hasif & umminya...
To Wan Amiruddin...
Tuesday, 14 April 2009
Posting ini hanya untuk sementara sahaja... Amir tlg check kulit booklet nie.. ok ke tak..
Takziah Buat Sahabat Nurwahida Ahmad Ludin sekeluarga
Al-Fatihah... buat Allahyarham Musaddiq bin Marhaizan (1 tahun) yang kembali ke rahmatuLLAH pagi tadi... Buat sahabat Nurwahida sekeluarga diucapkan takziah dari penulis sekeluarga..
Read more...Sumbangan Kepada Ustazah Siti Aishah
Friday, 10 April 2009
minggu lepas isteri telah menerima panggilan telafon dari seorang sahabat yang memaklumkan bahawa salah seorang teman iaitu Ustazah Siti Aishah Razali dari SK Rakyat Jln Hj Bolhassan telah kehilangan suami serta kedua orang mertuanya yang melgalami kemalangan jalanraya setelah pulang dari melawat beliau yang menjalani pembedahan.
ironinya pembedahan yang dijalankan keatas beliau adalah pembedahan kelahiran anak kedua mereka.. bermakna bapanya (arwah suami Siti Aishah) hanya sempat menatap wajah anak buat kali pertama & terakhir ketika bayi itu lahir...
tambah menyedihkan, ketika melahirkan anak yang pertama tahun lepas, anak tersebut juga telah kembali ke pangkuan Ilahi..
sama-samalah kita menghulurkan sumbangan bagi meringan beban yang beliau hadapi.. insyaALLAH... sumbangan boleh di bank-in melalui akaun Maybank yang tertera di sebelah kiri atas blog ini... semoga amalan kita diterima Allah.. amin..
Header blog aku?!!
Monday, 6 April 2009
assalamualaikum wbt... just nk bagi maklumat sikit pasal header blog nie... gambar diambil semasa sekolah kami menganjurkan Pertandingan Choral Speaking peringkat Zon B, Kuching yang berlangsung pada April 2008 bertempat di dewan kokurikulum JPN Sarawak berhampiran SMK Santubong.
memperkenalkan barisan staf sk sabtubong : berdiri dari kiri, Cikgu Drahman (PK HEM), Cikgu Khalid (Ketua Panitia BM), Ustaz Ahmad (Ketua Panitia PI), Cikgu Ismail (PK Pentadbiran), Cikgu Zamri (Guru Data), aku sendiri (Penyelaras j-QAF & Penyelaras Pusat Akses), Cikgu Francis (Guru Media), Cikgu Osman (Penyelaras Bestari), Ustaz Wan Mohd Sobri (Guru Sukan).
Duduk di tengah dari kiri : Ustazah Rafidah (Guru j-QAF), Cikgu Sarifah Selehah(Guru Prasekolah), Cikgu Norbaini (Guru Pemulihan), Cikgu Sinot, Cikgu Rabayah, Cikgu Idawatti (Penyelaras PPSMI), Ustazah Sharimah (Guru j-QAF), Cikgu Masita (Guru Bimbingan), Injam (Pembantu Pengurusan Murid).
Duduk depan dari kiri : Ustazah Suhana, Cikgu Hjh Rahma (PK KK), Cikgu Salbiah (Ketua Panitia Sains, Cikgu Sulina, Cikgu Dayang Kamisiah (GB), Cikgu Janiffer, Cikgu Salmah, Cikgu Irene (berpindah ke SK Stutong), Ustazah Fitria (Ketua Panitia Kajian Tempatan), Cikgu Norazizah (Ketua Panitia BI)