Paparan terbaik blog ini adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox. Dapatkan Mozilla Firefox versi 3.5 di sini

Action Song & Story Telling

Saturday 30 May 2009

Tanggal Khamis (28/5/2009) yang lepas sekolah kami telah menganjurkan pertandingan Action Song & Story Telling peringkat Zon B Kuching... segalanya berjalan seperti yang dirancangkan..

Bahagian pendaftaran

Bahagian Teknikal & Siaraya (bahagian aku le tu...)

antara peserta yang hadir

utk bahagian action song sebanyak 24 buah sekolah telah mengambil bahagian manakalautk bahagian story telling sebanyak 30 buah sekolah telah mengambil bahagian.. menurut guru besar, jumlah penyertaan action song adalah jumlah teramai yang pernah dicatatkan berbanding dengan tahun2 lepas yang biasanya berbelas2 sekolah shj yang mengambil bahagian...

barisan hakim yang arif lagi bijaksana

disebabkan kemudahan yang terdapat di sekolah kami kurang mengizinkan, pihak pentadbiran sekali lagi telah memilih pusat ko kurikulum yang terletak berhampiran SMK Santubong sbg lokasi pertandingan action song & SMK santubong sebagai lokasi pertandingan story telling... pihak SMK amat bermurah hati menawarkan kepada kami bilik mesyuarat berhawa dingin mereka utk dijadikan lokasi pertandingan tersebut...

peserta dari SK Santubong yang menggondol tempat kedua

peserta dari sekolah lain, tak ingat nama sekolah dia...

acara bermula seawal jam 8.30 pagi dengan perserta pertama action song di dewan pusat kokurikulum & peserta pertama story telling di SMK Santubong... peserta terakhir action song membuat persembahan terakhir kira2 jam 12 tengahari. pegawai PPD Kuching berbesar hati utk menyempurnakan majlis penutupan pada hari tersebut...

tahniah diucapkan kepada SK Santubong & guru2 yang berusaha gigih melatih pelajar2 utk action song & story telling. walaupun SK Santubong buat pertama kali menyertai pertandingan action song, kami berjaya menggondol tempat kedua manakala bagi story telling kami berjaya mendapat tempat ketujuh..

pegawai PPD Kuching menyampaikan hadiah kepada pemenang

kepada semua jawatankuasa pelaksana, tahniah diucapkan kepada kalian semua atas usaha yang bersungguh2 menjayakan penganjuran ini...

orang kuat backdrop bergambar kenangan bersama backdrop yang mereka hasilkan

0 ulasan:

DISCLAIMER

All data and information provided on this blog is for informational purposes only. Blog owner makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

Anda Adalah Pelawat Ke

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP