Paparan terbaik blog ini adalah dengan menggunakan browser Mozilla Firefox. Dapatkan Mozilla Firefox versi 3.5 di sini

Sorotan MTQ Peringkat Negeri 2009

Saturday 2 May 2009

macam biasa hasif bangun seawal 5.30 pagi pagi isnin 27/4 tu... bangun awal suruh bukak tv sambil minum susu... 6.45 umi & hasif keluar dari rumah... aku dah plan awal ajak amir makan pagi kat Bimmer's cafe kat Gita.. kebetulan sekolah aku cuti peristiwa sebab 26/4 (ahad) sekolah kami buat temasya sukan sekolah... pastu aku & amir jumpa ngan steik Rahman Abidin... ambil kad objektif & markah utk kegunaan kuiz kat sibu nanti...

janji dgn sobri nk bertolak dr rumah aku di taman layang2 kul 12 tghr... amir sampai awal lagi dlm kul 11.50pg dah sampai rumah aku... aku & amir keluar jam 12 & terus ambik sobri, mulanya nk ambik zahar pastu terus ke airport ikut jalan tol bintawa... tapi zahar kata nk ambik sut melayu dia kat wisma hopoh... patah la balik kami dari rumah zahar di tmn sourabaya ke satok... dalam kul 1.10 kami sampai ke airport... terus check-in pastu sempat isi perut sekejap... perut dah lapar...

kami bertolak dari kuching ke sibu dalam jam 2.20 walaupun dalam jadual asal flight kul 2.10 ptg... mungkin lambat bertolak dari tempat sebelum nie kot... sempat bergambar depan fokker mas wing... baru 1st time naik fokker la katakan... best jugak naik fokker nih... berlepas & menadart smooth je...

sampai di sibu bas sekolah teknik dah menunggu kami.. kami bertolak ke hotel sekali dengan hakim2 dari miri & limbang.. sampai di hotel ust sayuti telefon... ada problem skit dgn soalan katanya... kami pun bersidang la sekejap di bilik ust Ahmad Ahhad (SPI) & ust Asri... pastu bila dah jumpa jalan penyelesaiannya aku & amir disuruh ikut urusetia dari sibu ke sk bandaran sibu no.3 utk settlekan semuanya... malangnya kami terpaksa ke PPD Sibu sbb kelengkapan yang kurang mengizinkan di sekolah tersebut... kami di PPD dari petang sampai waktu magrib... Cikgu Dollah (Penyelia UPI, PPD Sibu) yang temankan & bantu kami di sama... malamnya kami bermuzakarah di bilik ust asri lagi sekali sapmai settle kesemua kerja... esok jam 8 pagi dh nk dijalankan kuiz saringan...

pagi 28/4 tu seperti yang dijangka kuiz saringan bermula agak lewat... sbbnya macam biasa la... peserta datang lewat... mungkin salah tengok jadual.. alhamdulillah... kuiz saringan nie berjalan dengan lancar... keputusannya diumumkan keesokan harinya yang mana 3 bahagian yang teratas akan layak ke pertandinga kuiz akhir secara lisan...

parking khusus utk pehin sri di wisma sanyan sibu

29/4.... penentuan kuiz akhir... bahagian yang layak adalah dari Kuching, Bintulu & Sibu... setelah 3 pusingan dilalui akhirnya Bahagian Kuching telah muncul sebagai johan pertandingan kuiz tersebut... naib johan disandang oleh Bahagian Bintulu dan ketiga mikli tuan rumah iaitu Bahagian Sibu... alhamdulillah... tugas yang diberikan dapat disempurnakan sepenuhnya & yang paling bestnya... aku x sangka dapat bertemu dengan rakan sekolej aku di UM dulu, Luqman Muhammad... floorep tingkat satu di Kolej YPM-UM sewaktu aku sebagai pengerusi JKPKE di situ...

ayam2 yang dibungkus hidup2 di pasar sentral sibu

pasar sentral sibu

keesokan harinya kami ke majlis penutupan yang dirasmikan oleh speaker DUN Sarawak... secara keseluruhannya pada pandangan aku, tahun nie keputusan agak balance dengan menyaksikan kejuaraan dikongsikan hampir setiap bahagian... alhamdulillah... perkembangan yang baik...


gambar cleaner sedang mencuci tingkap pesawat... eksklusif nih... bukan senang nk dapat..

kami bertolak balik ke kuchg jam 5.10 petang denga pesawat boeng 737-300... 27 minit je dah sampai kuching... sampai di airport, umi & hasif dah siap tunggu... kesian kat hasif... 4 hari cari abi...

0 ulasan:

DISCLAIMER

All data and information provided on this blog is for informational purposes only. Blog owner makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors, omissions, or delays in this information or any losses, injuries, or damages arising from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

Anda Adalah Pelawat Ke

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP